GGK ( Gerup gerakhas)
Aktif Januari 1960an – Nukleus Pertama
7 Mei 1965 – Malaysian Special Service Unit (MSSU)
1 Ogos 1970 – Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM)
1981 – Grup Gerak Khas
Jenis : Pasukan Khas
Peranan
Tugas2 primari:
• Peperangan Tidak Konvensional
• Perlindungan Dalaman Asing
• Tinjauan / Intipan Khas
• Tindakan Terus
• Lawan Keganasan
• Peperangan Tidak Seimbang
Peranan2 lain:
• Anti pengembangan
• Operasi maklumat
• Misi kemanusiaan
Saiz Tiga regiment
Garrison/HQ
RHQ: Mersing, Johor
11 RGK: Melaka
21 GGK: Melaka, Johor
22 GGK: Mersing, Johor
Nama panggilan Gerak Khas
Motto Cepat dan Cergas (Fast and Agile)
Warna Beret Sherwood Green Beret
Penglibatan
Konfrantasi Indonesia-Malaysia Peperangan Insurgensi Komunis
Kepulauan Spratly
Peperangan Kosovo
SFOR, Balkan
UNPROFOR, Balkan
Operasi Restore Hope
Operasi 304, Sauk
Operasi Astute
Kejadian Genting Sempah
MALCON – UNIFIL 2007, Lubnan
Operasi Enduring Freedom
MALCON-ISAF, Afghanistan
Komander
Brigadier General Effendi bin Hj Abd Karim
Insignia
Lencana Beret Kepala Harimau dengan dagger Komando
Singkatan GGK
Gerup Gerak Khas (Special Service Group) adalah satu rejimen pasukan khas daripada paukan Tentera Darat Malaysia yg menjalankan misi2 operasi khas untuk kerajaan Malaysia seperti tindakan terus, peperangan tidak konvensional, sabotaj, lawan-keganasan dan risikan. Ianya adalah kumpulan perintah dan operasi kepada 3 rejimen di bawah Rejimen Gerak Khas dan juga unit 2 sokongannya. Walaupun mula wujud pd tahun 1965 semasa zaman konfrantasi Indonesia-Malaysia confrontation, pasukan ini mula terkenal dan mendapat pujian antrabangsa selepas berjaya menumpaskan banyak pasukan komunis semasa peperangan Inusrgensi Komunis dulu21 Gerup Gerak Khas diperintah oleh seorang Brigadier General dan sekarang berpengkalan di Kem Iskandar , Mersing, Johor. Terdiri drpd 11 Rejimen Gerak Khas yg ditugaskan utk lawan keganasan, 21 Rejimen Komando dan 22 Rejimen Komando.
Sejarah
Jabatan arah Gerakhas telah ditubuhkan di KEMENTAH oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1960an untuk mengkoordinasi operasi rejimen gerakhas semasa Konfrantasi Indonesian . Pada 1965, KEMENTAH telah memanggil sukarelawan drpd pasukan TD dan TLDM utk latihan Komando. Pada 25 Februari 1965, latihan pengenalan telah dijalankan di Kem Majidee, Johor Bahru oleh 40 Commando British dari Royal Marines. Pemilihannya sgt mencabar, da drpd 300 org yg menawarkan diri, hanya 15 terpilih utk melalui latihan asas komando selama 6 minggu. Hanya 4 pegawai dan 6 LLP yg lulus. Mereka adalah :
• Mejar Abu Hassan Bin Abdullah ( bersara Kolonel)
• Leftenan Mohd Ramli Bin Ismail ( Bersara Mejar General)
• Lt. M Ghazali Bin Ibrahim ( Bersara Mejar General)
• Lt. M Hussin Bin Awang Senik ( Bersara Kolonel)
• 4861 Staff Sarjan Zakaria Bin Adas
• 6842 Sergeant Ariffin Bin Mohamad
• 300152 Sarjan Anuar Bin Talib
• 201128 Sarjan Yahya Bin Darus
• 202072 Kpl Silva Dorai
• 203712 Kpl Moo Kee Fah
• 13852 LKpl Johari Bin Haji Morhd Siraj
• 10622 LKpl Sabri Bin Ahmad
Unit ini sebahagiannya adalah berdasarkan Komando 40th Royal Marines dan dikenali sbg Malaysian Special Service Unit (MSSU). Dengan bantuan kepakaran drpd jurulatih 40 Commando Royal Marines, MSSU telah berkembang dan pada 1965 menjalankan enam kursus asas komando. Pada 1 Ogos 1970, 1 Rejimen Tugas Khas telah dibentuk di Kem Sungai Udang Camp, Melaka. Pada Januari 1981, Markas Grup Gerak Khas telah ditubuhkan di Kem Imphal, Kuala Lumpur bg menjadi Markas Briged. Gerup Gerak Khas kemudian dinamakan semula sebagai 21 Gerup Gerak Khas .
Pengkalan
Kem Sungai Udang dikenali sebagai Home of the Commandos dan pusat kerohaniannya. Anggota rejimen berlatih bersama dengan pasukan2 khas drpd United Kingdom, New Zealand, Indonesia, Australia dan USA. Di bawah Rancangan Malaysia ketiga, yg melibatkan pengembangan pasukan ATM, PULPAK – Pusat Latihan Peperangan Khas (Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan. Pada 1983, 22 KDO telah dipindahkan ke Kuala Kubu Baru akibat kesesakan di Kem Sungai Udang.21 Gerup Gerak Khas serta rejimen dan pasukan sokongannya telah berpindah ke Kem Iskandar,pengkalan pusat pasukan Gerakhas di Mersing. Terletak 15 km ke selatan Mersing, ia meliputi kawasan seluas 2,000 ekar (8.1 km2). Antara kelengkapan yg terdapat adalah 200 bangunan, 20 km jalanraya, 3 jambatan, sebuah pelabuhan, tapak mendarat, padang kawad dan kemudahan2 lain. Projek melibatkan kos sebanyak RM422 juta.Pengkalan baru ini dinamakan Kem Iskandar, sempena baginda Sultan Johor, yg merupakan penyokong kuat Rejimen Gerak Khas dan merupakan Kolonel kehormatnya sekarang.
Organisasi
Ketiga2 rejimen Pasukan Gerakhas Malaysia diletakkan di bawah 21 Gerup Gerak Khas. Unit bersaiz briged ini juga terdiri drpd unit2 sokongan seperti Unit semboyan dan juga Jurutera.
Unit
Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 Regimen Gerak Khas
11 Rejimen Gerak Khas digelar Special Service Regiment (Rejimen Tugas Khas) kerana penugasannya dalam aktiviti2 seperti sabotaj, HRT, SBS, CRW dsbnya. Ianya lebih kecik jika dibandingkan 21 dan 22 KDO, dan dibahagikan kepada 4 Squadron Sabre. Hanya mereka yg berkhidmat tidak kurang 6 tahun layak utk pemilihannya.
Jabatan Arah Gerakhas
Jabatanarah Gerakhas adalah satu kumpulan kecil seramai lebih kurang 20 orang yg bertugas merancang dan mengkoordinasi sumber dan peralatan Gerup Gerak Khas. Ia juga memberikan sokongan semasa operasi unit dan merangka polisi dan panduan. Sel ini juga menjalankan tugas2 Perancangan, Risikan dan juga Pengumpulan Maklumat operasi.
Pemilihan dan latihan anggota
PULPAK
Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) telah dibentuk pada 1 Ogos 1976. Sebelum penubuhannya, kesemua latihan bg anggota GGK telah dijanalankan oleh 1 RGK (sekarang 21 GGK). Walaubagaimanapun, 21 KDO, 22 KDO dan 11 RGK masih menyokong PULPAK dengan membekalkan tenagakerja dan kepakaran. Peranan PULPAK adalah untuk memberikan kursus dan latihan khas bagi semua anggota dalam keadaan seperti berikut:
1. Utk menjalankan latihan asas komando bagi TD, TUDM dan TLDM
2. Utk melatih anggota Pasukan Khas dan juga memberikan latihan khas kepada anggota2 lainnya dalam bidang tugas khas seperti diarahkan pihak atasan.
3. Utk menjalankan latihan lanjutan bagi Pasukan Khas dan anggota tentera sepertimana diarah oleh pihak atasan .
4. Utk menjalankan ujian penilaian latihan ke atas Unit2 Pasukan Khas.
5. Utk membekalkan pemerhati dan penguji serta jurulatih bertauliah utk tugasan khas dlm unit Pasukan Khas.
6. Utk menalai semula dan menganalisa semua doktrin berkaitan operasi dan latihan khusus.
Latihan
Kesemua anggota GGK turut berlatih bersama Kopassus Indonesia kerana jarak yg dekat merentasi Selat melaka. Kedua2nya turut menjalankan latihan bersama2 SAS (United Kingdom / New Zealand / Australia) dan juga 1st Special Forces Group (1st Bn, Okinawa, Japan) and United States Marine Corps Force Reconnaissance unit dari USA. Latihan biasanya dijalankan beberapa kali setahun. Pelatih GGK akan melalui 5 fasa iaiitu:
Latihan Kem
Dibahagikan kepada 5 minggu, merupakan fasa terpenting utk menguji dan membentuk ketahanan fizikal dan mental. Ketahanan fizikal, pengendalian senjata, pengendalian bahan letupan,muslihat, perubatan medan, rappelling / abseiling dan kemahiran membaca peta adalah antara latihan yg dijalankan. Mereka juga terpaksa melalui latihan kawad perang dengan peralatan lengkap. Dalam jarak 4.8 km, 8km, 11.2 km, 14 km dan 16 km. Biasanya, ramai yg gagal pd peringkat ini dan akan dihantar pulang ke unit (RTO turun skot).
Latihan Hutan
Selama 2 minggu dimana pelatih akan didedahkan kepada latihan praktikal, kemahiran medan, dan tatacara seperti mengawal dan meronda, menetapkan pengkalan, survival dan kombat seksyen/trup.
Kawad Tempur dan Latihan Paya
Dalam fasa in, semua rekrut akan terpaksa berkawad dengan pek seberat 17 kg, sejauh 160 km dan sampai ke kawasan sasaran dalam masa 3 hari. Yg berjaya akan terus berada di paya selama 7 hari tanpa makanan atau pakian lengkap. Mereka akan mempraktikkan kemahiran.
Latihan Laut
Dijalankan selama 2 minggu di mana rekrut akan didedahkan kepada latihan praktikal seperti navigasi perahu kecil, kayuhan senyap jarak jauh dan juga serangan pantai menggunakan bot Rigid-hulled inflatable boats, kaedah scuba diving and dan juga kayak. Mereka kemudian akan mengembara sejauh 160km disepanjang Selat melaka menggunakan kayak.
Escape and Evasion (E&E)
Semua rekrut diletakkan dalam kumpulan dan mesti melapor diri ke beberapa agen di checkpoint yg telah ditetapkan. Mereka mesti tahu bagaimana utk menghubungi agen mereka dan menjauhkan diri drpd musuh yg mengawal kawasan tersebut. Sekiranya ditangkap, mereka akan disiksa dan dihukum. Rekrut kemudian akan dilepaskan dan meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke checkpoint terakhir.
Pengembangan
2 RGK telah ditubuhkan pada 1 Januari 1977, di Kem Sungai Udang , Melaka. Padan 1979, Kolonel Borhan Bin Ahmad telah dilantik sebagai Komandan PULPAK. Sebuah Jabatanarah Gerakhas telah ditubuhkan di KEMENTAH pada 4 April 1980 dan Markas Grup Gerak Khas (HQ Special Forces Group) telah ditubuhkan di Kem Imphal Kuala Lumpur. Selanjutnya, unit2 sokongan telah digabungkan di bawah , Gerup Gerak Khas.
Unit2 Komando kemudian telah dinamakan semula 1 Gerakhas telah 21 Rejmen Para Komando dan 2 Gerakhas menjadi 22 Regiment Para Komando. Pada 1 April 1981, 11th and 12 RGK telah dibentuk tetai disebabkan kekurangan anggota, 12 RGK telah digantung dan anggota2nya diserap ke unit2 lain. Berterusan drpd itu, Rejimen Para komando telah ditukar ke Rejimen Komando.
Motto dan Lambang Rejimen
Motto Rejimen adalah "Cepat Dan Cergas" (Swift and Agile).
Lambang Rejimen yg dikenali sbg "Harimau Berjuang" terdiri drpd seekor harimau yg mengaum dan belati komando. Hijau melambangkan status rejimen sbg sebuah Rejimen Komando. Biru mengaitkan perkaitan istimewa Gerak Khas dengan 40 Commando Royal Marines. Harimau melambangkan keberanian, kegarangan dan juga kehebatan. Belati Komando memberikan status komando kpd rejimen kerana hanya komando layak menggunakannya.
Uniform
Anggota Gerak Khas memakai uniform BDU yg sama dgn pasukan lain dlm TD tetapi dibezakan oleh beret hijau berlambang GERAKHAS, lanyard biru di bahu kanan (berasal drpd 40th Royal Marine Commando), belati komando berlambang GERAKHAS, lengan yg dilipat tinggi dan shoulder tab GERAKHAS. Sayap terjun dipakai di poket kiri oleh mereka yg mempunyai kemahiran khas ini.
Beret Hijau
Anggota memakai Beret Hijau Gerak Khas sebauh alambang dikalangan pasukan komando dgn lencana "Harimau Berjuang" di beret tersebut.
Lanyard Biru
Adalah satu penghormatan yg telah diberikan oleh 40 Commando, Royal Marines, yg merupakan pasukan bertanggungjawab melatih nukleus pertama pasukan GGK. ..=WRA=