GUGURNYA BEN DALAM OPS GONZALES 1
Dikatakan sebagai operasi paling berjaya menentang PGK di Semenanjung Malaysia, Operasi Gonzales 1 telah dilancarkan pada April 1974. Ia melibatkan tiga Briged Tentera Darat dan satu Briged Polis Field Force, yang telah digerakkan ke Kelantan, Perak, Kedah dan kawasan –kawasan sempadan Perak, Pahang dan Selangor. Semuanya sekali, 13 PGK telah terbunuh termasuk Ahli Jawatankuasa Perak dan Komander Unit Serangan Ke-5, Chong Kwai Hong. Tetapi yang lebih penting, infrastruktur, sumber sokongan dan komunikasi Unit Serangan Ke-5, yang telah ditubuhkan sejak Darurat Pertama pada 1960 di Sg Siput (Utara) telah dimusnahkan. Ianya adalah diketahui bahawa PGK mempunyai jaringan risikan dan berita yang mampu sampai kepada mereka dalam masa yang singkat. Atas sebab inilah, operasi tersebut dan kawasan sasaran sebenar terpasa disamarkan. Satu rancangan penyamaran terpasa diadakan. Sebulan sebelum permulaan operasi itu, orang awam telah dimaklumkan melalui media, bahawa satu latihan secara besar-besaran oleh Tentera Darat, melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan diadakan di Gopeng dan Cameron Highland. Untuk tujuan itu, elemen-elemen 1 Tinjau, 2 Artileri dan satu skuadron Rejimen Gerakhas Malaysia (RGKM) telah dihantar ke kawasan-kawasan terbabit pada 30 Mac 1974. Pada hari kejadian (D Day), 8 April 1974, unit-unit daripada Briged Infantri telah dihantar ke kawasan tanggungjawab masing- masing. Fasa cari dan musnah itu walaubagaimanapun, telah terlewat kerana 1 Renjer telah diganggu dan dilambatkan oleh jerangkap samar. Selepas 10 hari, tiga pertembungan telah direkodkan oleh kumpulan ronda dari 1 dan 3 Renjer. Pada ketika itu, satu trup Komando dan seekor anjing pengesan telah diterbangkan ke kawasan itu untuk mengesan kumpulan PGK. Pada 18 April 1974, satu kumpulan ronda dari 5 RAMD telah bertembung dengan satu kumpulan PGK yang sedang melarikan diri di satu lokasi lebih kurang 15 kilometer daripada kumpulan Komando itu. Sehari kemudian, kumpulan Komando itu dan pasukan anjing pengesan telah berjumpa dengan 5 RAMD. Tanpa berlengah, mereka dengan segera menjejak kumpulan PGK yang melarikan diri itu, dipercayai antara 10 ke 15 anggota. Pada lebih kurang jam 4 petang, satu tempat rehat telah dijumpai dan daripada kesan-kesan yang ada, kekuatan mereka telah meningkat ke 30 anggota. Ketika sampai di tanah tinggi, mereka telah berpecah kepada dua kumpulan dan berjalan di sepanjang kedua-dua sisi rabung itu. Kumpulan Komando itu menuruti langkah tersebut. Seksyen No.1 dan kumpulan anjing pengesan telah terjumpa dengan sebuah anak sungai. PGK itu sedang menunggu untuk menyerang hendap dan telah menembak ke arah Seksyen yang sedang bergerak itu, mencederakan tinjau hadapan. Dalam pertarungan yang mengikut selepas itu, anjing pengesan tersebut, Ben telah terbunuh. Selepas beberapa percubaan, Ketua Seksyen dan seorang Truper telah berjaya memanjat tebing curam itu. Mereka telah menyerang balas dan membunuh tiga PGK. Sementara itu, ketika Seksyen No. 2 dan No. 3 di seberang rabung itu datang untuk membantu Seksyen No.1, mereka telah dihujani tembakan bertalu-talu oleh musuh. Dengan tekanan nekad daripada pasukan Komando dan dilindungi kegelapan malam, kumpulan PGK itu telah melarikan diri melalui cara yang tidak disangka-sangka- menuruni jurang curam itu. Pada 21 April 1974, satu kumpulan ronda dari Kompeni A 7 Renjer yang beroperasi si sektor berlainan di Hutan Simpan Korbu di Perak, telah bertembung dengan satu kumpulan tiga atau empat PGK. Semasa berbalas tembakan, dua anggota keselamatan telah tercedera. PGK tersebut telah melarikan diri ke arah selatan. Satu serang hendap telah dijalankan pada 22 April 1974 dan lima orang PGK telah termasuk perangkap. Dua terbunuh serta-merta setelah claymore mine yang dipasang meletup. Baki tiga orang lagi tidak sempat lari jauh. Mereka telah diserang dan dibunuh oleh satu Seksyen lain, yang datang untuk membantu pasukan penyerang hendap itu. Salah seorang PGK yang terbunuh itu adalah AJK Negeri, Chong Kwai Hong, yang juga merupakan Komander Unit Serangan Ke-5.
gambar sekadar hiasan Pertembungan terakhir adalah pada 26 April 1974, ketika satu pasukan pegawai dari 2 Renjer yang sedang pulang dari projek Jiwa Minda, terserempak dengan satu kumpulan PGK. Dalam berbalas tembakan itu, seorang PGK telah terbunuh. Operasi Gonzales 1 adalah kejayaan yang membanggakan. Sejumlah 13 orang PGK telah terbunuh, Sembilan kem telah djumpai dan longgokan makanan dengan 6840 kg beras, 4680 kg gula dan 5080 kilo garam telah dijumpai...=WRA=