top of page

sudut pandanganku

Sepanjang zaman insurgensi di mana berlakunya pertentangan antara pasukan keselamatan dan pengganas komunis yg berkeras mahu berkuasa, seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera.Di kalangan orang awam pula,sebanyak 2,473 terbunuh,1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang (Manja Mohd. Ludin, 1990).

Antara insiden-insiden berdarah yg sangat jelas adalah :

* Pada 13 Disember 1948 pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, Selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.

* Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.

* Pada 12 Ogos 1949 pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas.

* Pada 21 Sept 1949 pengganas komunis di daerah Plentong, Johor Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.

* Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.

* Pada 23 Februari 1950 Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong,di Hulu Sungai Muar secara serangan hendap menyebabkan 25 jiwa terkorban (19 orang anggota polis,2 orang isteri dan 2 anak anggota polis serta orang awam).

* Pada 27 Februari 1951 serangan bom tangan di panggung wayang Wah Lok, Sungai Siput mengakibatkan tiga orang mati dan 13 cedera.

* Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney mati ditembak dalam serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu Bharu (Bukit Fraser).

* Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaan polis diserang hendap di kawasan Taiping, Perak. Lima anggota polis cedera parah.

* Pada 18 Oktober 1954, Balai Polis Chua Seng di Pontian, Johor musnah dibakar komunis. Empat anggota polis terkorban dan tujuh lagi cedera parah.

* Pada 9 Mac 1955, empat orang asli dibunuh oleh pengganas komunis di Sungai Landor, Ipoh.

* Pada 7 Jun 1974 komunis menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur.

* Pada 26 Ogos 1975 Tugu Negara dibom komunis. Kejadian pada jam 5 pagi itu telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung.

* Pada 13 November 1975, Komunis menembak mati Ketua Polis Negeri Perak Tan Sri Khoo Chong Kong di Ipoh.

Apa yg berlaku dlm senaraoi ini hanya 0.1% drpd apa yg sebenarnya berlaku..ada yg direkodkan..ada yg tidak sempat. Hakikatnya, yg melalui zaman itu merasa dan melalui pengalamannya..bukan sekadar bersandar kpd apa yg diceritakan oleh orang lain. Hari ini, ramai drpd mereka yg melalui zaman gelap itu sudah tiada..maka periwayat2 ini tiada lagi utk menceritakan pengalaman melalui mata kepala mereka sendiri. Yg menggantikan adalah generasi yg membesar dgn mendengar cerita..dan cerita itu ada pula yg diubah bg memberi justifikasi kpd tindakan salah tersebut. dalam erti kata lain..sekarang mereka cuba mencuci arang yg telah mereka palitkan, dan ia menjadi senang kerana zaman sekarang ni macam2 produk yg ada dan boleh diguna utk mel,unturkan merah darah yg mereka percikkan di atas kertas sejarah. melalui medium komunikasi luas dan segera, mereka memusing cerita..memohon simpati dan mengatakan apa yg mereka buat adalah betul..walaupun hakikatnya, manusia yg berak di tengah jalan memang takkan mengaku. terlupa mereka menceritakan tentang bagaimana mayat musuh mereka yg terdiri drpd pasukan keselamatan ada yg dipotong kemaluan dan disumbat dalam mulut..ada yg cedera dimasukkan dalam jala dan dilempar ke dalam sungai utk dibiarkan mati lemas..ada perempuan mengandung yg mereka buru hingga ke dalam parit dan tembak dr jarak dekat.,.ada penghulu kampong yg berbasikal ke masjid di pagi subuh mereka penggal kepalanya dan gantung di simpang jalan..ada imam yg mereka heret di depan kariah dan siksa dgn disaksikan org kampong..malah di kalangan mereka sendiri mempunyai kesangsian. sesdama mereka..ada yg dibunuh dlm kumpulan besar kerana disyaki sbg pengintip..menyebabkan ada di antara mereka yg melarikan diri kembali ke pangkuan masyarakat. malah satu peristiwa di sebuah kampong di mana semua 25 org yg bernbama sama dibunuh secara membabi buta hanya kerana mereka tidak ambil tahu siapa sebenarnya sasaran mereka…

Namun mereka memang pandai..dan mereka sangat pandai belajar. mereka belajar..bahawa apabila menggunakan kekerasan, mereka akan dibenci dan diburu. Kini mereka mengubah corak, menggunakan simpati dan menarik kembali sokongan terhadap mereka. penjajah memang tak kurang zalimnya..tapi mereka dr luar..menyebabkan kebencian terhadap mereka adalah wajar. Yg ada dalam kumpulan pengganas ini adalah mereka yg dikenali..rakan sekampung, saudara terdekat, jiran sebelah rumah..yg takkan berfikir 2 kali untuk menumpahkan darah saudara mereka sendiri. ia bukan lagi tentang kebencian..ia adalah tentang rasa dikhianasti..kerana itulah mereka sangat2 dibenci.

commie1.jpg

sasaran adalah musuh mereka iaitu penjajah? kenapa mereka yg tak bersalah turut menjadi mangsa?korban sampinagn?collateral damage? korban sampingan adalah mereka yg berada di tempat yg salah pd waktu yg salah..bukan berada di rumah cuba merebahkan diri selepas seharian bekerja..dan tiba2 membuka mata dan mendapati darah menyimbah di sekeliling rumah..=WRA=


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page