top of page

PERIBUMI ASLI DALAM PASUKAN KESELAMATAN

Umum mengenali rakan-rakan kita daripada kalangan kaum Asli yg dipandang sebagai pemalu, keras kepala, enggan bersosial dan macam-macam lagilah konotasi negatif. Malah tak kurang yg menyamakan penduduk Asli sebagai manusia kurang tamadun sehingga perkataan Jakun misalnya - yg sebenarnya merujuk kepada salah satu suku kaum Asli ini, digunakan sebagai rujukan umum terhadap seseorang yg kurang serasi dengan kemajuan moden.

Dalam dunia di mana kita mengaku kita maju dan serba moden ini, sepatutnya ini sesuatu yg tidak harus berlaku. Jika kita mampu mengangkat martabat keperwiraan orang lain, kenapa kita tidak mampu mengangkat martabat ini daripada kalangan penduduk negara kita sendiri?

Rakan-rakan kita daripada kaum Asli mungkin kaya dengan sifat pemalu mereka, namun sekiranya kita mengikuti sejarah, ramai yg mungkin terkejut dgn hakikat bahawa jasa mereka dalam membentuk keamanan pada hari ini tidak boleh dan tidak patut dinafikan. ATOA atau Angkatan Tentera Orang Asli - anak didik Rejimen Gerakhas semasa zaman Insurgensi, serta Senoi Praaq drpd Pasukan Gerakan Am PDRM merupakan antara testimoni kehebatan semangat juang anak-anak Peribumi ini. Siapa sangka, bahawa Senoi Praaq digelar ‘The Silent Killer’ oleh CIA dan pernah digunakan secara rahsia di Laos. Apabila US lari dari Laos, mereka ditinggalkan begitu sahaja (mungkin dengan harapan bahawa rahsia ini akan terkubur di Laos). Siapa sangka, unit Senoi Praaq berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan elemen-elemen musuh di sepanjang jalan. Ramai juga yang kecundang dalam perjalanan balik. Peristiwa ini telah dibukukan dan bertajuk “Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite”.

Kita akan menyusuri kisah kepahlawanan " The gentle and shy people" ini. Semoga ia akan membantu membuka mata ramai drpd kita tentang betapa hebat sebenarnya anak-anak tanah kita ini, termasuk anak-anak peribuminya...

DI DALAM PASUKAN POLIS

Petikan daripada " http://www.jakoa.gov.my/senoi-praqsenoi-praaq-adalah-unit-…/"

Senoi Praq Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM. Senoi bermaksud ” ORANG ” dan Praaq bermaksud ” PERANG “. Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM. Senoi bermaksud ” ORANG ” dan Praaq bermaksud ” PERANG “. Pada awalnya unit ini ditubuhkan ianya diletakan dibawah Jabatan Orang Asli /Department of Aborigines. Pemilihan anggota diambil 100% daripada suku kaum orang asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai. Pada permulaan unit ini beroperasi Platun Komander dan jurusemboyan terdiri daripada Pegawai dan anggota SAS British. Kemudiannya kakitangan JHEOA yang terdiri daripada orang melayu dan pelbagai suku orang asli ditawarkan jawatan dalam pasokan Senoi Praaq. Oleh kerana kejayaaan yang dicapai bergitu baik dan memberangsangkan sebelum SAS meninggalkan Tanah Melayu, SAS telah menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini.

Beret merun kebanggaan

Fort Kemar - training ground

Pasukan PGA semasa operasi

Pasukan Senoi Praaq kemudiannya diserapkan kedalam Jabatan KDN/KA PDRM dan dikenali sebagai Batalion Ke -19 PPH Senoi Praaq. Bn 19 PPH ini berpengkalan di Pengkalan Hulu ( Keroh ) Perak. Oleh kerana unit ini berjaya dalam menjalankan tugas dan perang saraf yang baik dan berkesan dalam memenangi hati dan pemikiran orang asli dikawasan pendalaman maka Batalion kedua ditubuhkan. Batalion ini dikenali sebagai Batalion Ke- 20 PPH dan berpengkalan di Bidor Perak.

Lambang pasukan elit ini adalah senjata yang biasa digunakan oleh orang asli dikawasan pendalaman. Bagi BN 19 PPH, Buluh Sumpit digunakan sebagai lambangan BN manakala BN 20 PPH menggunakan Beliung sebagai lambang BN.Kedua- dua batalion Senoi Praaq ini telah diberikan kawasan operasi yang khas yang dikenali sebagai Kawasan OP BAMBOO yang merangkumi pendalaman Perak dan Kelantan. Anggota Senoi Praaq ini adalah anggota dari skim tertutup ( close service ) . Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di Bn 19, BN 20 atau menyertai Komando 69 PPH. Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Anggota Tugas Am di Balai Polis.

Oleh kerana itu unit ini amat mahir dan berpengalaman dalam selok belok perperangan dihutan. Keupayaan mereka dalam mengesan dan menjejak PKM yang bergiat dihutan amat digeruni oleh musuh. Banyak Treker di 69 PPH berasal daripada Batalion Senoi Praaq dan antara yang palig kerap disebut adalah SM Apot.Oleh kerana kebolehan mereka ini digeruni, pernah sekumpulan anggota senoi praaq yang bercuti di Kampung mereka dikawasan pendalaman ( Pos Gob ) kalau tak silap saya , telah diculik oleh PKM. Ramai yang dapat melarikan diri dan kemudiannya meneruskan khidmat dengan unit ini. Ada diantara mereka tidak dapat melarikan diri dan sewaktu perletakan senjata PKM anggota ini telah dibenarkan kembali ke kampung halaman mereka.

Banyak pengalaman dan pahit manis unit ini tidak diketahui umum. Kejayaan mereka seolah olah dilupakan sebaik sahaja PKM menamatkan perjuangan bersenjata mereka. Malahan bere merun kebangaan mereka pernah ditarik balik oleh PDRM. Ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka merasa terpinggir dan menyedihkan kepada mereka yang pernah berkhidmat dengan batalion ini. Alhamdulilah bere ini kemudiannya diserahkan kembali kepada kedua dua BN Senoi Praaq ini.Batalion 19 PPH kini dikenali sebagai BN 3 PGA dan BN 20 PPH dikenali sebagai BN 18 PGA.

Taraf elite dan kehebatan kaum asli sebagai Silent Killer ini mendapat perhatian istimewa daripada kerajaan khususnya pihak polis di mana penyertaan dari kaum Senoi yang memohon masuk PDRM tak perlu jalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL. Mereka terus diserap ke unit Senoi Praaq! Proses pengambilan yang unik berbanding pengambilan unit lain dalam PDRM.

Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam sesuatu kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain. Dikatakan juga Senoi Praq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan musuh.

Selain kepakaran dihutan Senoi Praq juga diberi latihan PORU (Public Order Reserve Unit. PORU mempunyai arahan yang lebih khusus dan terperinci dimana mereka dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan ancaman yang bersifat lebih kritikal.

PORU

Unit senoi praq juga mempunyai bahagian intelligence nya sendiri yang terdiri dari pegawai-pegawai dari SAS serta pegawai melayu, antaranya Inspector (kemudiannya) mohd nor bin abdul jalil. selepas unit ini diletakan dibawah Kementerian Dalam Negeri dan dibawah kawal selia PDRM, unit ini disangkutkan ke Cawangan Khas PDRM dengan penglibatan terus Ops Bamboo. Status “sangkutan” ini berterusan sehinggalah Senoi Praaq diserap kedalam PDRM.

Maka struktur unit ini terus diubah, sebelum di letakkan dibawah KDM, senoi praaq mempunyai struktur pangkat yang berbeza antaranya Junior Staff Liason Officer. Squadron dan bukannya platoon (memandangkan SAS terlibat secara langsung semasa penubuhan). Semasa awal penubuhan juga, unit ini bergerak seperti commando iaitu cuma 4 atau 5 anggota akan memburu komunis.

Dalam Ops Bamboo, anggota cawangan khas ini akan di tempatkan di kampong orang asli terpencil. Pernah berlaku dimana anggota telah terkejut besar apabila ahli komunis telah masuk kampong tanpa disedari tetapi atas kerjasama orang kampong maka terselamatlah mereka

DI DALAM PASUKAN TENTERA

Pada awalnya, pihak komunis telah mengintai kalangan Orang Asli ini kerana kekurangan hubungan mereka dengan dunia luar serta pilihan mereka utk tidak campur tangan dalam sebarang konflik demi meneruskan kehidupan yg tenteram. Secara langsung, gaya hiduup sebegini telah menjadi satu aset yg membantu komunis melangsungkan kewujudan mereka dalam keadaan diasak teruk oleh pasukan keselamatan. Sampai ke satu tahap, ada di antara golongan Orang Asli ini yg telah berjaya dipengaruhi oleh dakyah komunis sehingga terbentuknya pasukan kecil rejimen sumpit di kalangan pasukan komunis ketika itu. Antara karekter yg menerima bantuan drpd pihak kaum Asli ini adalah pemimpin komunis seperti Ah Soo Chye dr 5th Assault Unit yg beroperasi di sekitar kawasan Lawin, Klian dan Banding.

Menerima uniform selepas diserapkan ke dalam pasukan

Bagi mengekang perkara ini drpd terus berlaku, pasukan komando RGK telah dihantar ke kawasan mereka, terutamanya kawasan puak Semai dan Sakai. Mej Ghazali Ibrahim yg pd ketika itu adalah ketua skuadron Y telah diberi tanggungjawab mengetuai Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) orang Asli di mana satu skuadron telah mengambil alih penempatan askar British di kem Brinchang, Cameron Highland dan menjadikannya sebagai pengkalan hadapan. 3 anggota komando ditempatkan di pos-pos Orang Asli seperti Brooke, Trisu, Kuala Mensun, Telanok dan Bertam dengan tugasan utk memerhati dan mengawasi cubaan komunis memengaruhi penduduk-penduduk di situ. Selain drpd itu, usaha sosial turut dijalankan bg meyakinkan penduduk orang asli. Antaranya termasuklah menjalankan kelas-kelas tadika dan aktiviti sukan. Bantuan logistik disediakan oleh Jabatan Orang Asli Malaysia.

pengambilan Khas Rekrut Orang Asli

Kem Brinchang, Cameron Highland

RGK juga telah memilih anak2 muda orang asli dengan kekuatan satu platun untuk diberi latihan ketenteraan, dan dikenali sebagai ATOA . Tugasan mereka menyamai Border Scout di Sarawak, iaitu menjadi penjejak dan pendahulu pasukan. Pasukan ini telah dibubarkan selepas tamat insurgensi . Antara yg pernah terlibat di dalam pasukan ATOA ini adalah :

1. Kpl Ahmad b. bah udek 2. Lkpl Nasir b. Busu Panjang 3.Lkpl Alias b. Busu Panjang 4. Rjr Bah Arup b. Bah Jantung 5.Rjr zaini@Saini 6.Rjr Wahab b. Abdullah@ Bah Hap b. Marmon 7.Rjr Bah Lili b. Bah Jil 8.Rjr Sharip b. Sing Lor 9.Rjr Ali b. 10.Rjr Mat isa 11.Rjr wahab 12.Rjr Bah Dek b. Bah Kurus 13.Tpr Bah Asih b. Bah Tirai 14.Rjr Atan b. Bah Geb

2x anggota telah berjaya dlm kursus asas komando dlm siri khas iaitu: a.Lkpl Alias b. Busu Panjang b.Rjr Bah Asih b. Bah Tirai.

THTC/Tiggal Tugas

a.Rjr Sharif b. Bah Sing Lor-masih blm serah diri hingga sekarang. anggota di kenalpasti menetap di lawasan pos brooke

*meninggal dunia: Rjr Mat isa (Pos Menson), Rjr Bah Lili (Sg Ruil) dan Rjr Bah Arup (Bertam Valley)..

Selain drpd RGK, golongan Asli juga telah dan masih terlibat di dalam cabang-cabang lain perkhidmatan Atm, terutamanya di dalam pasukan Tentera Darat. Kehadiran mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara sebab utama kemerosotan pengganas komunis, kerana kemahiran mereka yang luar biasa di samping berupaya mempengaruhi Orang Asli lain supaya menyokong pasukan keselamatan. Antara unit di mana golongan ini terbabit secara terus adalah pasukan 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT). Sepanjang kewujudannya, seorang anggotanya telah menerima Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) dan tiga anggotanya yang lain telah menerima Bintang Panglima Gagah Berani (PGB) – bukti keampuhan pasukan yg jarang dikenali ini.

Penubuhan 91 RKPT bermula pada tahun 1972 , pd awalnya dikenali sebagai Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT). Fokus pasukan ini adalah kawasan-kawasan yg dikenali sbg sensitif, dan tugasa utama mereka adalah untuk mengesan dan mencari maklumat kegiatan pengganas komunis. Pd Januari tahun 1983, PKPT telah mengalami penyusunan semula pasukan ATM dan bagi menampung keperluan operasi yang semakin meningkat ketika itu , ia telah diperbesarkan dan mula dikenali sebagai 91 RKPT. Ibupejabat mereka diletakkan di Kem Changkat, Batu Gajah, Perak. Sepanjang kewujudannya di zaman Insurgensi, pasukan ini telah berjaya menumbangkan 20 pengganas komunis serta memusnahkan sejumlah besar tempat simpanan senjata dan makanan dimusnahkan.Keanggotaan Orang Asli adalah dilakukan berdasarkan kepada keperluan terhadap kepakaran dan kemahiran mereka dalam menjelajah hutan. Ia juga bertujuan bagi membentengi golongan ini drpd terus dipergunakan oleh pihak komunis dalam meneruskan kewujudan mereka.

General (B) Tan Sri Zaini bersama anggota Orang Asli semasa lawatan beliau ke 91 RKPT pd tahun 1998

Selain drpd anggota biasa, ada juga di kalangan Orang Asli ini yg telah berjaya ditauliahkan sebagai pegawai. Antaranya adalah bekas pegawai tentera Orang Asli suku Semai, Kapten (B) Juhari Kangsar Abdullah, 54. beliau adalah antara produk Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang Karah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

SPK ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1981 menggantikan Yunit Latihan Pendahuluan Pegawai Kadet (YLPPK) yang telah wujud sejak 1950-an,bagi melatih golongan belia yang berkelayakan untuk menjadi pegawai tentera dengan cogan kata Sentiasa Di Hadapan. Mereka yang mengikuti pengambilan Tauliah Jangka Pendek (TJP) mengharungi latihan bersama selama sembilan bulan sebelum ditauliahkan menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Kapten (B) Juhari, yg berasal dari Sg. Koyan, Kuala Lipis, Pahang, berada dalam TJP siri ke-39 bersama-sama 270 individu lain. Pentauliahan mereka dijalankan pd 27 Jun 1981, sebelum mereka dihantar berkursus lanjutan selama enam bulan di Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM) di Kem Paradise, Kota Belud, Sabah sebelum ditugaskan ke unit masing-masing. Beliau hanya sempat berkhidmat selama 11 tahun sebelum terpaksa menyambung perniagaan rotan keluarganya, dan kini menjadi pegawai keselamatan di Pulau Pinang..=WRA=

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page