top of page

INSIDEN TEBUSAN TUPAC AMARU

Krisis di Kedutaan Jepun ini bermula pada 17 Disember 1996 di Lima, Peru, apabila 14 anggota Túpac Amaru Revolutionary Movement (MRTA) menahan tebusan yg terdiri daripada diplomat, pegawai kerajaan dan tentera serta eksekutif perniagaan yg menghadiri sebuah majlis di kediaman rasmi Duta Jepun ke Peru Morihisa Aoki , sempena sambutan hari ulang tahun ke 63 Maharaja Akihito. Lokasi tepat kejadian adalah di San Isidro. Selepas menjadi tebusan selama 126 hari, kebanyakan tebusan telah dibebaskan dan selebihnya pd 22 April 1997, dalam satu serbuan oleh Komando Pasukan Bersenjata peru. Dlm serbuan tersebut, seorang tebusan terbunuh bersama-sama 2 orang komando dan semua militant MRTA. Bagaimana Bermula Kumpulan gerila dilaporkan telah meletupkan sebuah lubang di dinding kediaman duta tersebut pada sekitar jam 2020 , 17 Disember walaupun bangunan itu dikawal oleh 300 anggota polis bersenjata dan pengawal peribadi. Bangunan tersebut dikelilingi tembok 12 kaki serta jeriji di semua tingkap, dengan kebanyakan cermin tingkap kalis peluru serta pintu yg mampu menahan impak letupan grenad. Insiden tersebut telah membuatkan pasaran saham Peru merudum.

Terrorist1.gif

Pada 22 Disember, Presiden Fujimori telah melakukan siding media pertama tentang insiden tersebut. Ucapannya disiarkan sejurus selepas ketua MRTA, Néstor Cerpa Cartolini mengumumkan mereka akan melepaskan tebusan yg tidak ada kaitan dengan kerajaan Peru. Dalam bulan seterusnya, mereka telah melepaskan semua tebusan wanita dan lelaki selain 72 orang yg terus ditahan. Pasukan Palang Merah kemudian menjadi orang tengah di antara kerajaan dan pasukan pemberontak itu. Antara yg terus ditahan adalah pegawai tinggi Pasukan Keselamatan Peru termasuk Máximo Rivera, Ketua Pasukan Anti-Teroris Peru, DIRCOTE, dan bekas Ketua Polis Carlos Domínguez. Selain itu turut ditahan adalah Alejandro Toledo, yg kemudian menjadi presiden Peru serta Javier Diez Canseco, seorang ahli kongres sosialis Peru. 24 tebusan Jepun termasuk ibu dan adik Fujimori sendiri. Tuntutan pemberontak adalah : • pembebasan anggota mereka dari penjara sekitar Peru ( termasuk aktivis US Lori Berenson dan isteri Cerpa). • penilaian semula perubahan pasaran terbuka neoliberal kerajaan • mengatakan program bantuan asing di Peru hanya membantu segelintir kecil segmen masyarakat Peru • memprotes keadaan penjara peru yg dikatakan tidak berperikemnusiaan dan teruk Kumpulan gerila tersebut dikatakan terdiri daripada pemuda berusia sekitar 20-an dan anggota pasukan khas komando. Dikatakan juga bahawa bilik2 dalam bangunan tersebut telah dipasang bom selain drpd bumbung dan pemberontak memakai beg galas yg diisi letupan yg boleh diaktifkan dgn menarik kord pd dada mereka serta mempunyai kelengkapan kereta kebal. Usaha rundingan dijalankan, termasuk perbincangan antara Fujimori dan Presiden Cuba, Fidel Castro, namun pd 17 Januari, ia terpaksa ditangguhkan. Pelbagai usaha lain telah dijalankan, termasuk pasukan Peru yg memainkan muzik dan rayuan supaya tebusan dibebaskan, namun disambut semburan tembakan senjata oleh pemberontak. Fujimori juga telah berbincang dgn beberapa org Presiden dan Perdana Menteri negara lain bg mengusulkan suaka bg kumpulan tersebut sekiranya mereka bersetuju membebaskan tebusan tetapi semua usaha tidak berhasil. Pd bulan Februari, suratkhabar Peru, La República melaporkan tentang kewujudan satu rancangan rahsia oleh kerajaan yg membabitkan penglibatan terus pasukan US. Pelan tersebut dikatakan telah diolah oleh Agensi perisikan Tentera Peru dan dihantar kpd Fujimori. Pd 17 Februari, The New York Times menulis, "Pembabitan US dalam serangan tersebut adalah penting, mengikut pelan tersebut, yg mengatakan anggota komando akan didatangkan drpd Peruvian Army's School of Commandos dan United States Southern Command, berpengkalan di Panama." MRTA membatalkan rundingan dgn kerajaan pd Mac selepas mendengar bunyi bising drpd bawah bangunan tersebut. Suratkhabar Peru mengesahkan perkara tersebut dgn mengatakan polis sedang menggali terowong di bawahnya. Ia cuba dikaburi oleh pihak polis dgn memainkan musik kuat drpd pembesar suara dan pergerakan bising kereta kebal di jalan2 berhampiran. Operasi tersebut dikenali sbg Operation Chavín de Huantar. Apa yg berlaku? - salah seorg tebusan, Laksamana Angkatan Laut peru, Admiral Luis Giampietri diberikan set kecil radio dua-hala utk dgn arahan terkod utk memberikan amaran kpd semua tebusan sebelum operasi bermula. Mereka diarahkan menjauhi semua gerila MRTA - pakaian berwarna cerah dimasukkan secara rahsia ke dalam bangunan bg membezakan tebusan dgn pemberontak yg berpakaian gelap - Cerpa sendiri tanpa sedar telah membantu usaha menyelamat apabila mengarahkan semua tebusan dibawa ke tingkat 2 selepas mendengara bunyi bising dr bawah bangunan - alat pendengaran canggih telah diseludup secara sulit ke dalam bangunan melalui buku, botol air dan permainan dalaman. Giampietri dan lain2 pegawai tentera diberikan tugasan meletakkan alat2 ini di tempat strategik utk pasukan penyelamat mencuri dengar perbualan pemberontak - sebuah model bangunan tersebut telah disediakan bg membantu rancangan kemasukan pasukan penyelamat - Pd 22 April 1997, pasukan 140 org komando peru telah dikumpulkan dlm satu unit ad-hoc dinamakan Chavín de Huantar dan menjalankan serangan. Pd 15:23 tengahari tersebut, operasi bermula - 3 letupan serentak diledakkan dlm 3 bilik bilik berlainan di tingkat 1, membunuh 3 pemberontak serta merta – 2 lelaki dan 1 wanita - melalui lubang yg telah terbentuk akibat letupan itu, serta 2 letupan lain, 30 anggota komando menyerbu bangunan tersebut dan mengejar saki baki pemberontak sebelum mereka sampai ke tingkat 2 - 2 pergerakan lain dijalankan serentak dgn letupan2 itu. dlm letupan pertama, 20 komando menyerang terus pintu hadapan utk menyertai rakan2 mereka yg telah berada di dalam. di belakang mereka adalah pasukan kedua yg telah membawa dan meletakkan tangga di dinding belakang bangunan - satu lagi kumpulan komando keluar drpd terowong yg sampai ke laman belakang kediaman tersebut. mereka terus mandaki tangga yg telah diletakkan. tugas mereka adalah utk meletupkan pintu kalis grenad di tingkat 2, yg mana akan menjadi laluan bg menyelamatkan tebusan, serta membuat 2 bukaan di bumbung supaya mereka boleh membunuh anggota pemberontak sebelum mereka membunuh tebusan - kesudahannya, semua 14 anggota MRTA terbunuh, manakala 1 tebusan(Dr. Carlos Giusti Acuña, anggota mahkamah agung yg mempunyai masalah jantung telah meninggal dunia dan 2 anggota, Lieutenant Colonel Juan Valer Sandoval dan Lieutenant Raúl Jiménez Chávez terkorban. Menurut Agensi perisikan US, anggota MRTA, Roli Rojas didapatri cuba m,elarikan diri dgn berjalan keluar bersama2 tebusan. seorg komando terlihatnya, membawanya ke belakang bangunan dan membunuhnya dgn semburan senjata automatik di kepala. ..=WRA

terrorist2.jpg

keadaan selepas serangan berakhir

terrorist3.jpg

bumbung yg dijadikan laluan mengeluarkan tebusan

terrorist4.jpg

salah seorg komando yg terkorban


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page