SENOI PRAAQ
- Aenid Abdullah
- Jan 1, 2017
- 8 min read

Salah satu kalangan yg turut menyumbang kepada keamanan kita pd hari ini adalah dr golongan rakan-rakan kita, Orang Asli. Mereka dikatakan sebagai golongan yg sangat terpinggir meski mereka adalah penduduk asal negara ini. Boleh dibilang dengann jari berapa ramai daripada kalangan ini yg mendapat penghormatan daripada masyarakat kita, meski ada di antara mereka yg sudah membuktikan kemampuan mereka berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di negara ini. Kejayaan daripada segi akademik, perniagaan dan sebagainya, sirna dek pendapat umum yg membayangkan mereka ini sebagai puak yg masih tinggal di pinggir hutan belantara dan tersisih daripada kemajuan. Dikatakan mereka ini senang dipengaruhi atau ditipu, dipergunakan, malah digunakan sebagai bahan lelucon. Berapa ramai dari kalangan masyarakat yg sebenarnya buta tentang hakikat bahawa kaum Asli juga memainkan peranan yg sangat penting dalam pelbagai aspek kehidupan di negara ini.
Antara sisi yg jarang diperkatakan adalah sumbangan mereka di dalam membentuk kedamaian yg kita kecapi pada hari ini. Peranan mereka dalam pasukan keselamatan seringkali dipandang sepi, namun hakikatnya adalah cukup signifikan. Ada di antara mereka sebenarnya telah mencapai tahap lagenda. Sebut nama Cik Apot anak Saat misalnya. Di kalangan mereka yg tahu, akan faham bagaimana tracker atau penjejak ini menjadi rebutan pelbagai pihak semasa zaman operasi menentang Insurgensi komunis satu ketika dulu. Malah, ianya satu fakta bahawa kepakaran beliau dalam menjejak menjadi satu kudis buat musuh ketika itu, dan kemahiran ini turut ditagih oleh pasukan-pasukan pakar daripada negara luar. Cuma dari kalangan kita, ramai yg buta dan memandang sepi kehebatan orang seperti beliau. Jasa beliau hanya diberikan penghormatan setelah berpuluh tahun beliau bersara daripada perkhidmatan. Hanya dalam tahun 2015, jasa beliau diiktiraf melalui pingat PGB yg dikurniakan. Itupun setelah usaha yg berterusan oleh pihak tertentu. Sememangnya jasa yg ditaburkan ini, dizahirkan melalui pembabitan beliau semasa dalam pasukan.

SM Apot anak Saat ( PGB)

Plak penghargaan yg diterima oleh Cik Apot
Keputusan pihak keselamatan menggunapakai kemahiran dan sifat mereka yg tidak dapat dipisahkan daripada hutan sememangnya sesuatu yg sangat berwawasan, terutama ketika zaman insurgensi. Di kala komunis menggunakan hutan kita sebagai kawasan lindungan mereka, penggunaan anggota keselamatan daripada kalangan anak-anak hutan sendiri, telah memberikan penentangan yg menjadi duri dalam daging buat musuh.
Ternyata kemahiran mereka, terutama dalam bidang penjejakan dan ilmu hutan menjadi antara aset penting yg membantu pasukan kita mengekang anasir komunis yg cuba bermaharajalela ketika itu. Di samping itu, ia juga menjadi satu bentuk benteng mempertahankan masyarakat Asli itu sendiri daripada digunakan secara terus oleh puak komunis ini. Bekalan makanan dan maklumat adalah antara yg ditagih oleh musuh. Selain daripada berjaya membentuk satu unit kecil pembunuh sumpit, bukan sedikit kisah lisan yg diturunkan mengenai golongan Asli ini yg ditangkap oleh pihak komunis dan dijadikan tawanan. Kejadian dikatakan melibatkan sekumpulan anggota Senoi Praaq di kampung mereka di Pos Gob. Ada di antara mereka telah dapat melarikan diri dan kembali bertugas dengann semangat dan dendam yg lebih membara, manakala yg tidak dapat melarikan diri, ada yg telah dibenarkan balik selepas PKM meletak senjata di akhir zaman Insurgensi. Ada pula yg sehingga kini tiada khabar berita.
Rasanya, bila menyebut Orang Asli dalam pasukan keselamatan, imej yg sering terbayang di kepala kita yg tahu serba sedikit, adalah pasukan Senoi Praaq – satu pasukan unit yg keanggotaannya secara umum melibatkan golongan ini, yg berada di bawah naungan PDRM. Senoi Praaq, dalam bahasa Semai bermaksud Orang Perang. Pada zaman Darurat, pasukan komunis cukup takut dengan pasukan Senoi Praaq ini. Seorang penulis, Roy Davis Linville Jumper beranggapan mereka adalah antara pasukan hutan terbaik yang telah berjaya membantu membawa kepada pengakhiran zaman huru-hara yang diakibatkan oleh komunis yang mengganas di negara ini satu ketika dulu.
Asalnya, idea penubuhan pasukan Senoi Praaq ini telah dimajukan oleh R.O.D. Noone, seorang anggota pentedbiran British di tanah melayu semasa Zaman Darurat. Beliau mendesak agar ditubuhkan pasukan ini sebagai satu pasukan penghalang kepada pengaruh komunis terhadap penempatan Orang Asli yang terletak jauh di pendalaman. Pada tahun 1956, General Gerald Templer akhirnya telah bersetuju terhadap penubuhan pasukan Senoi Praaq yang diletak di bawah Jabatan Orang Asli. Unit ini telah ditubuhkan pada bulan Mei 1956, dengan Noone sebagai Pegawai Memerintah antara tahun 1957 sehingga 1961, di mana Darurat telah ditamatkan pada tahun 1960. Antara punca yang mendorong penubuhan pasukan ini adalah realiti ancaman dalam bentuk pengaruh oleh komunis ke atas masyarakat Orang Asli terutama yang berada jauh di pendalaman memandangkan kebanyakan masanya pasukan komunis ini beroperasi berdekatan dengan komuniti mereka. Kemahiran survival hutan dan menjejak Orang Asli yang sememangnya menjadi lagenda mungkin akan dipergunakan oleh komunis bagi melebarkan ancaman mereka terhadap pasukan keselamatan .
Pasukan Senoi Praaq ini bermula dengan hanya 20 rekrut, yang kemudiannya berkembang kepada 40 orang setelah ditambah jumlah daripada anggota komunis yang menyerah diri. Nukleus ini telah dilatih oleh unit-unit pasukan British termasuk Special Air Service, terutamanya oleh Major John Slim. Latihan mereka telah berlangsung selama tiga bulan dan meliputi latihan senjata dan taktik unit kecil, terutamanya taktik seranghendap, dengan konsep pasukan SAS yang mengutamakan kelajuan dan kejutan yang diterapkan sejak awal. Charles H. Ley telah menjadi komander pertama Skuadron A , dan di bawah kawalannya adalah beberapa orang anggota yang pernah ditangkapnya sendiri daripada pasukan musuh. Menjelang 1957, Senoi Praaq telah berkembang menjadi 2 skuadron terdiri daripada 80 anggota setiap satu . Walaupun ramai daripada anggota pasukan terdiri daripada suku Senoi, sebenarnya kesemua 18 kumpulan sub-etnik Orang Asli turut berada dalam pasukan tersebut, termasuk daripada suku Semai, Temiar, Semelai, dan Temuan. Pada permulaan unit ini beroperasi Platun Komander dan jurusemboyan terdiri daripada Pegawai dan anggota SAS British. Kemudiannya kakitangan JHEOA yang terdiri daripada orang Melayu dan pelbagai suku Orang Asli ditawarkan jawatan dalam pasukan Senoi Praaq. Oleh kerana kejayaaan yang dicapai begitu baik dan memberangsangkan, sebelum SAS meninggalkan Tanah Melayu, SAS telah menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini.
Selain daripada senjata api moden, unit ini juga menggunakan perangkap buluh yang dipanggil sebagai Belantik, yang mampu menembusi perut mangsa. Ternyata ia telah berjaya membuatkan pihak musuh merasa tergugat dan sekaligus ia telah merendahkan moral mereka. Namun, senjata kegemaran pasukan ini tentu sekali adalah sumpit yang disertai dengan anak panah beracun – senyap, dan membunuh dengan pantas. Corak operasi pasukan Senoi Praaq melibatkan keadaan di mana sebelum mereka dibawa masuk ke sesebuah kawasan operasi, unit-unit konvensional akan terlebih dahulu mengundurkan diri dan membuka laluan kepada pasukan ini, membolehkan mereka bergerak bebas. Dengan kemahiran memburu yang senyap dan menjejak yang sangat berkesan, pasukan ini telah berjaya mencapai nisbah 16:1 bagi jumlah musuh yang terkorban, cedera atau ditangkap.
Sekian lama beroperasi di bawah Jabatan Orang Asli, Insurgensi komunis yang kembali pada tahun 1968 melihat pasukan Senoi Praaq diserap ke dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Batalion kedua telah ditubuhkan pada tahun 1970 oleh PDRM, dan dikenali sebagai Batalion Ke- 19 PPH Senoi Praaq ( kini batalion 18 PGA), berpengkalan di Pengkalan Hulu ( Keroh ) Perak. Keberkesanan pasukan ini telah membawa kepada penubuhan Batalion kedua, dikenali sebagai Batalion Ke- 20 PPH ( kini Batalion 3 PGA) dan berpengkalan di Bidor Perak.
Lambang pasukan elit ini adalah senjata yang biasa digunakan oleh orang asli dikawasan pendalaman. Sumpit menjadi lambang bagi pasukan BN 19 PPH, manakala Beliung – sejenis kapak kecil pula melambangkan BN 20 PPH .Kedua dua batalion ( BN) Senoi Praaq ini telah diberikan kawasan operasi yang khas yang dikenali sebagai Kawasan OPS BAMBOO yang merangkumi pendalaman Perak dan Kelantan.
Mungkin disebabkan oleh penyerapan ini, maka anggota-anggota Senoi Praaq telah diberikan peluang menyertai satu pasukan khas Polis yang ditubuhkan kemudian, iaitu Special Project Unit atau kemudiannya dikenali sebagai VAT69 Komando atau kini, 69 Komando.Anggota Senoi Praaq ini adalah anggota daripada skim tertutup ( close service ) . Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di BN 19, BN 20 atau menyertai Komando 69 . Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Anggota Tugas Am di Balai Polis.
Mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang jasa mereka, pernah satu ketika, selepas Insurgensi berakhir, beret merun kebanggaan pasukan ini telah ditarik balik oleh pihak PDRM. Namun ia kemudian diserahkan kembali sekitar tahun 2007 , dan kewujudan kedua-dua batalion ini diteruskan melalui penjenamaan semula .

Beret Merun kebanggaan
Siapa sangka, kumpulan individu yg dikatakan pemalu dan pendiam ini sebenarnya mempunyai kemahiran yg ditagih oleh orang luar sendiri. Digelar sebagai ‘The Silent Killer’ , pasukan ini pernah digunakan oleh CIA dalam operasi rahsia di Laos. Namun, mungkin dek kerana menyangka kumpulan ini adalah drpd kategori “ expendable”, maka setelah US mengalami kekalahan dalam misi di sana, kumpulan ini telah ditinggalkan begitu saja. Namun, kerana sifat survical yg tinggi, meski ada di antara mereka yg telah terkorban di sepanjang jalan, selebihnya anggota kumpulan tersebut telah berjaya kembali ke Malaysia. Kisah mereka telah dirakamkan di dalam buku “Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite”.
Memandangkan mereka diperlukan bagi kemahiran yg memang sedia termaklum adalah terbina secara intrinsik, maka secara umumnya, bagi Orang Asli yg ingin menyertai pasukan ini, mereka tidak lagi perlu menjalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL. Sebaliknya, selepas orientasi asas, mereka akan terus diserap ke unit Senoi Praaq. Ini adalah kerana seperti dimaklumkan tadi, mereka berada di bawah skim close service. Kebiasaannya, kemahiran mereka digunapakai dalam operasi-operasi yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak di mana dikatakan mereka ini lebih selesa berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan musuh. Seain daripada itu, pasukan ini juga menerima latihan PORU (Public Order Riot Unit), dimana mereka dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan ancaman yang bersifat lebih kritikal.
Ketika beroperasi di zaman Insurgensi dulu, Senoi Praq turut memiliki unit risikannya sendiri, yg dianggotai oleh pegawai-pegawai SAS serta pegawai melayu. Antara pegawai tersebut adalah Inspector Mohd Nor Bin Abdul Jalil. Selepas penyerapan ke dalam PDRM, unit ini telah diletakkan di bawah Cawangan Khas PDRM melalui pembabitan dalam Op Bamboo – operasi yg tertumpu khas kpd kawasan penempatan Orang Asli.
Pada awalnya, Senoi Praaq memiliki struktur pemerintahan yg agak berbeza daripada mana-mana unit PDRM lain kerana ia mengemulasi struktur pasukan SAS yg merupakan induk asalnya. Misalnya, pasukan ini mempunyai jawatan Junior Staff Liason Officer , manakala skuadronnya ( bukan platun) terdiri drpd 4 hingga 5 anggota semasa gerakan – satu tred yg sangat mencerminkan pergerakan pasukan khas seperti SAS...
JASA YG DIKENANG
Sebenarnya, agak sukar menyusuri individu-individu Orang Asli yg pernah berjasa dalam pasukan keselamatan kita. Satu, kerana rekod mereka masih ada yg terikat sebagai rahsia. Kedua, kebanyakan daripada mereka, sebaik tamat perkhidmatan, memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan sukar untuk dijejak atau dihubungi. Hakikatnya, ramai di antara mereka yg telah berjasa. Ada di antara mereka yg telah kehilangan nyawa. Namun sehingga sekarang, sangat sedikit yg dikisahkan tentang mereka. Maka secara umumnya, ramai di antara mereka ini yg kekal mendapat konotasi negatif di kalangan masyarakat Malaysia pd hari ini.

Sempena Ulangtahun 69Komando - Dato' Sabtu, Pengarah KDNKA bersama-sama veteran Orang Asli drpd pasukan 69Komando dan Senoi Praaq
Dalam hal ini, pasukan PDRM telah melakukan tugas yg sangat baik dalam usaha mengumpul anggota-anggota Orang Asli ini dan menghargai jasa mereka. Pada ulangtahun pasukan 69 Komando yg lalu iaitu pd 23 Oktober 2016, Dato' Sri Muhammad Sabtu Osman, pengarah KDN/KA telah, melalui pasukan 69 Komando, berusaha mengumpulkan anggota-anggota sedang berkhidmat, bekas anggota serta waris mereka dalam satu majlis penghargaan sempena HUT pasukan tersebut. Ternyata, pertemuan yg julung kali diadakan sebegini membuka lembaran baru kepada catatan sejarah perjuangan bangsa negara ini yg seringkali terlepas pandang terhadap golongan pemalu yg selalu menyisihkan diri drpd arus kesibukan kehidupan moden ini. Menyusuri sejarah pembabitan Orang Asli dalam pasukan keselamatan, terutama pasukan Senoi Praaq dan 69 Komando di bawah PDRM, umum rasanya mengenali nama bekas RSM, Cik Apot anak Saat, yg merupakan tracker lagenda pasukan 69 Komando. Namun, terdapat juga individu-individu lain yg telah menaburkan jasa dalam aspek keselamatan negara ini. Antaranya ada yg telah meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan, samada semasa bersama pasukan Senoi Praaq sendiri ataupun semasa bersama pasukan 69 Komando. Mereka adalah :
1) Konst. 71933 Yub Bin Gedu – terkorban pd 28/01/80 semasa Gerakan Setia 2/80 di Tanah Hitam ( turut tercedera ketika itu – P/Sjn 49462 Ribeot Bin Dekin)

2) Konst. 62196 bah Tradil a/l Din – terkorban pd 09/10/78 semasa Gerakan Setia 21/78 di kawasan Tapah/ Bidor

3) Kpl. 62209 Mandi a/l Itam Tambo – terkorban pd 29/08/78 semasa Gerakan hentam Sedar 4 di Kulim

4 ) Bah Dren – Bn 3 PGA
5) Hashim Bin Janggal – 69 Komando
6) Lebar a/l Manis – 69 Komando
7) Bah a Hai a/l Bah Susu – Bn 18 PGA
8 ) Ghandi
9) Rashid Bin Wayang – 69 Komando
10) Baker a/l Bah Jalan – Bn 3 PGA
....=WRA=
Comments