KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA
- ulksniper
- Jan 25, 2015
- 9 min read
Asal puncanya..masing2 telitilah sendiri. Tujuan TBD hanya mahu merekod sejarah buat ramai di luar sana yg sudah lupa..apa harganya yg harus dibayar utk keamanan hari ini. mahu ubah sejarah/silakan kembali ke zaman itu dan rasakan pengalamannya sendiri sebelum pandai-pandai melabel pejuang negara sbg petualang..sedangkan ancaman datangnya bukan saja dr musuh di seberang mata..tapi juga mereka yg mulanya dianggap saudara..=WRA=
20/1/1963
menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengumumkan kempen "ganyang Malaysia"
12/4/1963
gerila Indonesia menyeranghendap Balai Polis Tebedu, Sarawak. Berjaya dipatahkan oleh pasukan RAMD dan askar Gurkha
29/12/1963
- Sukarelawan Indonesia menyerang pos kawalan di Kalabakan, Tawau, Sabah.
- Anggota-anggota Kompenii C 3 RAMD sedang bersiap utk solat Isyak
- 8 x anggota terbunuh termasuk ketua kompeni, Mjr zainal
- 19x anggota tercedera
- musuh dikerjar keluar oleh anggota-anggota lain
20/5/1964
- Presiden Soekarno dlm ucapan mengumumkan Malaysia akan hancur menjelang matahari terbit pd 1/1/1965
- usaha ganyang Malaysia difokuskan kepada niat membentuk kem latihan gerila di malaysia dgn bantuan serpihan anggota2 Parti Komunis malaysa (PKM) yg telah mula dilatih di Indonesia sejak 1964
- Mjr Benny Moerdani telah dihantar menyamar sbg pegawai Garuda Airways di bangkok, Thailand utk menyeludup anggota masuk ke malasyia bg tujuan operasi sabotaj
- maklumat diperolehi oleh SB menyebabkan Malaysia menubuhkan pos pemerhati (OP) dari Melaka ke Johor
24/7/1964
- KD Sri Selangor di bawah arahan Lt P K Nettar telah menembak 5x anggota komando Indonesia di St. John Island.
- 1x anggota TLDM KIA (terbunuh), 2 WIA (cedera)
12/8/1964
-OPS LIMIT dilancarkan melibatkan 6 RAMD dan Skuadron B, 1 Tinjau
- kawasan ops melibatkan daerah Pontian, Kukup, Minyak Beku dan Senggarang di Johor
15/8/1964
- pertembungan pertama
- 1 tinjau tangkap 1 x bandit di Kukup. SB jumpa longgokan bahan makanan
16/8/1964
- pd jam 2200, polis Marin terserempak 3 bot kecil yyg melarikan diri setelah ditembak
17/8/1964
- rejimen Artileri tangkap 2 x bandits
- kumpulan perahu kecil dikesan di Johor
- dikenalpasti terdapat 108 anggota :
- 53 anggota paratrooper Tentera Udara Indonesia
- 21 Marin Indonesia
- 32 rakyat Malaysia : 27 lelaki, 2 wanita (komunis) + 1Melayu Perak +2 Cina Perak, + 2 sukarelawan Indonesia
- Kumpulan 1- 45x anggota mendarat di Sg. sanglang dekat Benut
- Kumpulan 2 – 30x anggota mendarat di Kukup
- Kumpulan 3 – 33x anggota mendarat di Pontian Kecil (lari setelah ditembak oleh anggota Polis di Pos kawalan)
- 12x anggota 6 RAMD di bawah pimpinan Lt M Baharuddin Yasin sedang beroperasi di Kukup
- kumpulan dipanggil oleh ASP Khalid Abu Bakar ke Pontian kerana terdapat penampakan musuh
- susulan di kawasan paya – tinjau hadapan ditembak
- 9x musuh ditangkap – 6 TNI, 1 Melayu Melaka, 2 Cina Perak. Yg lain lari
- susulan oleh platun pimpinan Lt M Suleiman Rahman
- susulan di kawasan Penarik ke Kukup dilakukan oleh kumpulan pimpinan Lt M Abbas Yunus
18/8/1964
- Kumpulan Lt M Abbas diserang
- 1x anggota KIA, 1 x musuh KIA
19/8/1964
- kumpulan yg lari dr serangan platun Lt M Badruddin terperangkap
- 2x bandit KIA termasuk ketua
- 35x bandit lari sembunyi – kumpulan ini akhirnya tewas di tangan platun dr 8 RAMD dan 1st Batalion RNZIR (New Zealand) yg dibawa dr Terendak, Melaka pd 6/10/1964
20/8/1964
- di Kg Sg Peradin
- platun Lt M Abbas bertembung dgn musuh
- 2x TNI KIA
- 4x sukarelawan cina ditangkap
- Platun Lt M Hussein Suppiah bunuh 2x TNI
21/8/1964
- platun 6x anggota di bawah pimpinan Lt M Kamaruddin Jamal bertembung kumpulan 12-15 musuh di pinggir hutan Sg Peradin
- berjaya bunuh 4x TNI
- 1x anggota KIA
- di sebelah malam, serang hendap oleh platun Lt M Hussein berjaya membunuh 1x TNI
KEMASUKAN MELALUI UDARA DI LABIS
- Soekarno cuba mengambil kesempatan ke atas keadaan terutamanya rusuhan kedua yg berlaku di Singapura pd 2/9/1964 dengan menggunakan proksinya. Dia mengumumkan pelancaran fasa 2 dan 3 serentak melibatkan kemasukan melalui udara
1/9/1964
- 4x CH130 dengan kargo 48x anggota setiap satu bersedia utk bertolak dari Indonesia
- keseluruhannya pasukan mengandungi 151 anggota PARA pasukan Udaranya dan 41x anggota PKM. Jumlah besar ialah 192x anggota
- hanya 3x CH130 berjaya berlepas manakala 1x mengalami masalah enjin
- 1x CH130 terjatuh ke dalam laut, membunuh semua di atasnya termasuk ketua ekspedisi. Dikatakan pesawat RAF terlibat dalam insiden tembakan ke atas pesawat ini
- 2x lagi CH130 termasuk dalam pusaran rebut elektrik
- 1x CH130 hilang bearing tujuan selepas tidak menjumpai kubah pengepam air yg sepatutnya berwarna putih dan digunakan sbg titik rujukan, sebaliknya dicat hitam selepas risikan Malaysia mendapat maklumat ia mungkin digunakan utk tujuan tersebut
- ia akhirnya berjaya menurunkan kargo 5 batu dari Pekan Ayer Panas, Johor yg telah dicerahkan utk pembinaan skim FELDA
- 1x kontena dgn lampu berkerdip terjatuh di belakang rumah pengurus FELDA tersebut. maklumat disampaikan serta merta kepada pihak berkuasa
2/9/1964
- - Polis sampai pd jam 0430. Pertembungan menyebabkan bandits lari dan ada yg KIA
- Sebuah lagi CH130 berjaya menemui dropzone (DZ) di kedudukan 15 batu utara Labis dan menurunkan 48x anggota
- 5 RAMD dari Bt Gajah , Perak dan 6 RAMD dari Kluang telah dihantar ke Labis
- OPS LIVER dilancarkan pd 5/9/1964
OPS LIVER
- 6 RAMD menetapkan Markas Taktikal di Stesen Polis Labis
3/9/1964
- 2x kompenimenjaga sepanjang jalan Labis-Air Panas
- bertembung musuh dan berlaku pertempuran
- 1x penjaga anjing pasukan WIA manakala di pihak musuh, 6x KIA, 7 CIA (ditangkap)
- pasukan polis menjalankan proses sapuan
4/9/1964
-operasi diserahkan kpd Lt Col E J S Burnet, CO 1/10th Gurkha Rifle Company
- pasukan 6 RAMD digerakkan ke Singapura
- kawasan laut sekitar Pontian dijaga oleh 1 RNZIR manakala 4th Brigade diarahkan menjaga Singapura
- kawalan keselamatan Johor diserahkan kpd 1 Bgd di bawah pimpinan Brigadier Gen Abbas Abd Manan
- di FELDA, separuh drpd helicopter 845 Squadron Royal Navy Wessex dr kapal HMS Bulwark telah sampai dipimpin Lt John Morgan bg menjalankan bantuan tembakan dr udara
- 9x bandits KIA oleh pasukan Polis Hutan
- 5 RAMD diaturgerak ke Labis utk operasi cari dan musnah nerdasarkan maklumat penampakan diterima pd 4/9/1964
- 2x bandits telah ditangkap oleh Lt Razman Abd Khatab
5/9/1964
- arahan diterima oleh 5 RAMD utk ke Singapura. Kedudukan mereka digantikan oleh pasukan Gurkha
- Lt Mohd Azzam hanif Ghows diarahkan utk RV dgn kompeni beliau ASAP
- Dlm perjalanan, org kampong memberikan maklumat penampakan bandit di pinggir paya
- bandit berjaya dikejar dan ditangkap selepas dihentak dgn buntut rifle.
- bandit diserahkan kpd polis
PEMBABITAN PASUKAN ASING
Konfrantasi menyaksikan penglibatan pasukan2 tentera Komanwel, dan dalam sejarah Britain dikenali sbg Hidden War (peperangan tersembunyi)
OPS LILAC
4/9/1964
- pasukan Gurkha telah menetapkan Markas Taktikal di Balai Polis Labis
-Kompeni B 1 RNZIR (Royal New Zealand Infantry Regiment) di bawah pimpinan Mjr Burrows diletakkan di bawah unit 1/10th Gurkha
- dikenalpasti bahwa pasukan Indonesia menggunakan peta jalan yg diperolehi drpd stesen minyak Shell sbg panduan pergerakan mereka di Malaysia, sedangkan pasukan Gurkha telah arif dgn selok belok kawasan Labis melalui pengalaman dlm insiden insurgensi dan WWII
7/9/1964
- pertembungan pertama – 1 bandit KIA, 2 CIA
9/9/1964
- 3 bandit KIA, lebih ramai CIA
13/9/1964
- 1x LKpl pasukan Gurkha KIA, 4 bandit KIA dan 7 CIA
15/9/1964
- pertembungan dgn sekumpulan 18 bandit – 6 KIA,2 CIA
21/9/1964
- laporan drpd org awam mengatakan terlihat 2 org askar Indonesia mencari perlindungan di sebuah rumah
- kedua-duanya CIA termasuk ketua pasukan, Lt Soetikno yg membawa pasukannya terjun di kawasan Ayer Panas berdekatan Labis
22/9/1964
- pertembungan pd waktu remang petang (stand to) di Segamat– musuh lari dalam kegelapan
23/9/1964
- susulan dgn menggunakan anjing pengesan membawa kpd pertembungan
- Ketu Kompeni, Mjr Haddow KIA
- semua 19 bandit KIA
27/9/1964
- OPS LILAC dihentikan – semua anggota dan unit kembali ke Kem Terendak
OPS LIVER II
-dijalankan antara 29/9/1964 hingga 19/10/1964
- operasi tertumpu di Pontian untuk mencari saki baki kumpulan yg mendarat di Benut
- melibatkan pasukan2 1RNZIR, 8 RAMD, Polis dan Polis Marin
- Markas Taktikal ditetapkan di kem Pasukan Polis Hutan (PPH), Renggam
- sasaran bg 1RNZIR – kawasan berpaya berkeluasan 50 batu persegi berdasarkan laporan seorg pengurus Ladang Nanas South Malaya yg memajukan maklumat drpd pekerjanya
- pasukan tersebut dikatakan berkekuatan 40x anggota diketuai seorg lelaki bernama Suparman
3/10/1964
- sebuah kem tinggal dijumpai
4/10/1964
- 8 RAMD memasuki kawasan operasi iaitu kawasan pantai
5/10/1964
- jejak baru dijumpai
6/10/1964
- kepungan dilakukan dgn bantuan tembakan mortar serta serangan udara oleh 8RAF
- keseluruhan ahli kumpulan tersebut KIA manakala suparman CIA
9/10/1964
- tanpa disedari, kumpulan Benut telah bergerak ke kawasan operasi 8 RAMD
10/9/1964
- pasukan Polis berjaya KIA 2x bandits manakala 5 lg serah diri kpd penghulu
12/10/1964
- satu serpihan kumpulan bandits cuba melepaskan diri drpd kepungan dgn bot
- mereka ditahan di muara Sg. Ayer Baloi
- di Parit Wak jabar, 8 RAMD berjaya CIA 2x bandit
16/10/1964
- 5x bandit serah diri di Balai Polis Ayer Baloi dlm keadaan lapar dan letih
24/10/1964
- di Sg Marang,1x bandit KIA (sarjan pasukan) manakala 1x CIA
25/10/1964
- dlm satu serang hendap, 3x bandit KIA termasuk Sjn Mjr Soeparmin di Parit Tenggayon, 1x CIA
31/10/1964
- 2x bandit serah diri kpd org kampong
- hanya tinggal 5 drpd keseluruhan 45 anggota bandit. kawasan operasi diserahkan kpd PPH. 8 RAMD diarah pulang ke kem Kg Pandan, Singapura
OPS FLOWER
-berjalan antara 29-30/10/1964
- melibatkan pasukan 1RNZIR,1/10th Gurkha dan 3 RAR (Royal Australian Regiment)
29/19/1964
- 52 anggota TNI dikesan di Sg Kesang
- PPH bertindak menjalankan kepungan sambil menunggu trup 28 Bgd Komanwel
- kepungan kemudian diteruskan oleh 1RNZIR dan 1/10th Gurkha
- pasukan 3 RAR dihantar untuk menarik keluar musuh
- 1RNZIR menangkap 10x bandit termasuk anak Soetikno
30/10/1964
- 1RNZIR menangkap 3 bandit
- 3 RAR menangkap 37 bandit
- dalam masa 50 jam seterusnya, kesemua 50 bandit CIA
- 2x lagi ditangkap dlm keadaan lapar dan keletihan ketika menyorok di kawasan paya
OPS BUAH NANGKA
- dijalankan antara 26 /12/1964 hingga 9/1/1965
- melibatkan pasukan 8RAMD dan 1st Singapore Regiment (SIR)
- kawasan terlibat adalah kangkar Lok Heng utk menghapuskan 12 penyusup
9/1/1965
- Lt M Abd Shukor Hj Jaafar dan platunnya berjaya menghapuskan semua 12 bandit di Pantai Tanjung Balau, Johor
OPS OAK TREE
- dijalankan antara 26/2/1965 hingga 30/3/1965
- 44x anggota Polis Indonesia dan sukarelawan mendarat di kawasan Kota Tinggi
1/3/1965
- telah menyerang Kompeni C2 SIR membunuh 9 x anggota dan mencederakan 5x anggota SIR
- menjelang hujung Mac, semua 44 bandit KIA
OPS OLEH RAMD
- 94x bandit telah mendarat di Kota Tinggi, Pengerang dan Pontian yg terletak dlm kawasan ops 4 RAMD
13/3/1965
- di bawah pimpinan Lt Kol Esa Ahmad, 13 telah KIA manakala 81 lagi CIA
- 1x anggota RAMD KIA
- peristiwa berlaku di Mawi, Kota Tinggi
7/6/1965
- kumpulan di bawah pimpinan Lt M Abd Kadir Nordin (terlibat dgn pertempuran dgn bandit di Sarawak pd 24/3/1964) telah menangkap 5x bandit dr kumpulan pengerang bersama2 ketuanya, Titaley

OPERASI LAUT
24/7/1964
- KD Sri Selangor di bawah pimpinan Lt P K Nettiar menjalankan tugas rondaan rutin di kedudukan 5 batu nautika Pulau St. John berdekatan Singapura
- terdapat isyarat radar pd jam 2120
- semasa menyiasat kapal ditembak oleh 5x komando Indonesia
- 1x anggota KIA dan 2 WIA
- tembakan balas membunuh kesemua anggota komando Indonesia
1/12/1964
- KD Sri Pahang di bawah pimpinan Lt MW Alvisse diserang 9x komando Indonesia yg bergerak dlm bot laju 2 batu ke barat Pulau Bedok, singapura
- 1x komando Indonesia terbunuh, 2 diselamatkan drpd lemas dan yg lain lemas
24/12/1964
- 61x anggota TNI yg dibawa oleh ACPL cuba mendarat di Barat Daya Kuala Lumpur
- mereka kemudian menaiki bot nelayan Malaysia bg meneruskan perjalanan
- usaha mereka dihalang oleh HMS Ajax
- 7x bot ditahan dgn rampasan peluru dan bahan letupan walaupun ACPL tersebut berjaya lari
9/1/1965
- KD Sri Perak di bawah pimpinan Lt Hyde Smith menangkap 15x anggota TNI di Selat Melaka
9/1/1965
- KD Panglima di bawah pimpinan Lt Ong Kian Lam telah memintas dan menangkap 4 TNI di Kukup
1965
- KD Ledang – sebuah kapal anti periuk api dan pengukur (MCMV) di bawah pimpinan Lt B Cormack telah bertembung dan menghalang komando Indonesia dr mendarat di Pulau St. John
- KD Sri Kedah di bawah pimpinan Lt A W T Townsend bertembung dan menangkap 10x komando Indonesia
- KD Sri Kelantan di bawah pimpinan Lt J Buchanan memintas dan membunuh 2x komando Indonesia
KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA (BHGN 5 )- KONKLUSI
- Konfrantasi berakhir dengan Perjanjian Bangkok yg ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pd 11 Ogos 1966
- Sepanjang tempoh tersebut, dalam pendaratan-pendaratan yg dilakukan di Johor bermula dgn Pontian antara 17/8/1964 hingga 11/8/1965, Indonesia telah menghantar 670 org penceroboh.
- berlaku 8 pendaratan besar melalui laut dan 1 melalui udara
- dari jumlah ini, 436 penceroboh berjaya mendarat di mana 143 telah dibunuh, 432 ditangkap, 34 menyerah diri dan yg lain-lain lari balik ke Sumatera.
- dalam setiap pendaratan, mereka berjaya dipintas melalui kerjasama rapat antara pasukan keselamatan dan pihak risikan (SB) yg sangat efektif. Ini ditambah pula dgn pengalaman yg banyak di pihak pasukan kita sepanjang tempoh darurat 1948-1960 yg menjadi satu tempoh latihan berguna buat kita
- ia juga adalah hasil kerjasama rapat pasukan keselamatan Malaysia dgn pasukan 28 Commonwealth Brigade Forces yg terdiri drpd 1/10 Gurkha rifles, 1 RNZIR dr New Zealand dan 3 RAR dr Australia.
- sejumlah 21 operasi telah dilancarkan melibatkan 20 rejimen yg terdiri drpd gabungan pasukan-pasukan Malaysia dan komanwel
- 21 anggota pasukan keselamatan telah terkorban
- perbelanjaan bg mengekang konfrantasi adalah sebanyak $1.5 juta sehari. Ini mengakibatkan perbelanjaan utk pembangunan terpaksa disalurkan kpd usaha keselamatan
- utk menampung perbelanjaan ini, kerajaan telah melancarkan National Defence Bonds (Bond Pertahanan Nasional) antara 14/7/1965 hingga 15/12/1965.
- bond dijual dgn nilai $50.00 setiap satu, manakala bond $100.00 dijual pd harga $9
- kadar faedahnya adalah 5% p.a utk 2 tahun pertama, 5 1/4% utk 3 tahun seterusnya dan
5 ¾ % utk tahun-tahun seterusnya hingga tempoh matang pd tahun 1973. Ia boleh ditebus bila-bila masa selepas 15/4/1966
..=WRA=

Tun Sardon Jubir bersama2 tahanan Indonesia

Pasukan New Zealand dlm operasi

Antara tahanan

Sg Kesang

Tahnan Indonesia
Comments